
“Fenomena Analisa Warna Bukan Sekadar Fesyen”
17 MEI 2025
Oleh: NUR FATIN NURINA BAHARUDDIN
Penyunting: SHURENDAR KANNATHASAN
Sesi analisa warna secara peribadi bersama para peserta - Foto Kelab Srikandi UKM
BANGI, 17 Mei - Fenomena analisa warna kini telah mendapat perhatian ramai terutamanya dalam kalangan wanita, namun ia bukan trend fesyen semata-mata tetapi juga sebagai pendekatan untuk memahami kesesuaian warna mengikut personaliti, penampilan diri dan gaya hidup secara lebih mendalam.
Baru-baru ini, Kelab Persatuan Srikandi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalankan Program Colour Analysis & Confidence di Auditorium Siswa, yang melibatkan seramai 125 orang pelajar.
Program tersebut turut menampilkan Puan Mira Ixora, seorang perunding warna, imej dan kecantikan yang berpengalaman luas berkongsi tentang bagaimana warna memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian seseorang.
“Penggunaan warna bukan untuk cantik semata-mata malah ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama seperti dalam kerjaya, pakaian berwarna gelap sesuai dipakai ketika berurusan formal” ujar beliau.
“Analisa warna ini merupakan penasihat profesional kerana apa yang kita belajar ia mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi dengan menggunakan peralatan yang bertaraf antarabangsa untuk menganalisis seseorang berdasarkan beberapa faktor” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Program, Siti Nurain Sumayyah Ahmad Radzi (Sarjana Pendidikan, 2), berkata idea program ini tercetus daripada pemerhatian bahawa ramai pelajar masih kurang pengetahuan tentang bagaimana warna boleh mempengaruhi keyakinan diri dan persepsi orang lain terhadap mereka.
Para peserta diberi peluang untuk mengenalpasti kategori tona kulit masing-masing sama ada tergolong dalam kumpulan warm, cool, neutral,spring, autumn, summer, atau winter.
Menurut salah seorang peserta, Zulaikha Sidek, pelajar jurusan Komunikasi Media, Tahun 3, berpendapat, program ini amat menyeronokkan,bukan sahaja membuka mata para peserta bahawa pentingnya pemilihan warna yang tetap tetapi mengetengahkan tentang profesionalisme terutamanya dalam dunia pekerjaan.
Mengulas lanjut, Siti Nurain Sumayyah Ahmad Radzi berkata, impak positif yang jelas terhadap para peserta adalah mereka kelihatan lebih yakin semasa berinteraksi dalam sesi dan memberikan maklum balas yang sangat positif serta ada juga peserta yang menyatakan mereka kini lebih mudah membuat keputusan dalam pemilihan pakaian untuk temuduga atau majlis rasmi.
Berita Tambahan
Oleh EZZA NUR AZIRA | 7 APRIL 2025
Oleh ZULAIKHA SIDEK | 7 APRIL 2025
Mengenai kami
Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.