BERITA
NEWS
RENCANA
FEATURE WRITING
BERITA TV
TV NEWS
AUDIO SIAR
PODCAST

Pelajar Sarjana Kepolisan Beri Kesedaran Perangi Jenayah Pada Warga UKM

17 MEI 2025

Oleh: NURUL DINA HAZIQAH BINTI DALNI

Penyunting: FARAH IRDINA MIRKAIR 

Para Pelajar Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) UKM Bersama Barisan Pensyarah di atas pentas Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge - Gambar : Nurul Dina Haziqah 

BANGI, 17 Mei - Sebuah program berkenaan kesedaran terhadap jenayah, Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge anjuran pelajar Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), UKM telah berlangsung di sekitar dataran Dewan Gemilang baru-baru ini. 

Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada beberapa jabatan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). 

Objektif bagi program ini adalah untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada orang ramai khususnya para pelajar berkenaan aktiviti jenayah yang semakin berleluasa dan cara menjauhinya. 

Seramai 240 orang pelajar UKM daripada badan beruniform PALAPES, SUKSIS dan SISPA telah menyertai pertandingan Treasure Hunt berbentuk penyiasatan jenayah yang memberi peluang secara langsung kepada para peserta untuk mempelajari proses penyiasatan jenayah dalam suasana yang menarik dan interaktif. 

Menurut Ketua Pengarah bagi program ini, DSP Milkias Bin Pengiran, program ini turut menerima kunjungan daripada warga UKM serta orang awam dalam masa yang sama.

“Awalnya, kami menyasarkan sekitar 240 orang pelajar UKM yang akan terlibat dalam program ini. Namun, ketika program sedang berlangsung, kami turut menerima kunjungan daripada orang awam yang menjadikan jumlah pengunjung yang hadir mencecah sehingga 400 orang,” ujar beliau. 

Beliau turut berkata pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sebagai pengisian bagi program yang julung kali diadakan ini. 

“Kami juga melaksanakan beberapa aktiviti lain dalam program pada hari ini seperti senamrobik, treasure hunt yang mengandungi lima stesen penyiasatan, sesi ceramah daripada pihak bank berkenaan jenayah scam dan juga pameran keselamatan daripada ABM, AADK dan PDRM.” 

Turut hadir dalam program ini, Yang Dihormati SAC Wong Ing Fung selaku Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan mewakili Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub yang menjalankan tugas Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman selaku Pengarah Pusat Kesatria UKM serta Asisten Komisioner Polis Naazron bin Abdul Yusof, Ketua Polis Daerah Kajang.



Berita Tambahan

Oleh FASIHAH ATIYAH| 18 MEI 2025

Oleh AIDIL YUSRIF | 17 MEI 2025

Mengenai kami

Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.