Perodua Tayang Prototaip EV Pertama di MAS25

15 MEI 2025

Oleh: ARIF DANIAL MOHD YUSSARDI

Penyunting: NURASYIQIN FIRZANA MOHAMED YUNUS

Pameran kereta EV Perodua, eMO di MAS25 - Foto oleh Arif Danial Mohd Yussardi

SERDANG, 15 Mei - Perodua menayangkan prototaip fasa akhir bagi kereta EV pertama mereka untuk tontonan awam sepanjang acara Malaysia Auto Show (MAS25) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 9 hingga 15 Mei 2025. 

Menurut Perodua, kenderaan ini akan dinamakan sebagai eMO akan dilancar secara rasmi pada suku keempat tahun ini dan merupakan kenderaan berbentuk SUV yang tampil lebih sporty berdasarkan prototaip yang ditayangkan sepanjang acara MAS25 berlangsung. 

Menurut Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, harga keluaran EV pertama Perodua ini dianggarkan bawah RM100,000 dan dipasang sepenuhnya di Malaysia. Perodua juga mengesahkan bahawa model eMO merupakan yang pertama dalam memperkenalkan Battery-as-a-Service (BaaS) dimana pemilik kereta akan menyewa bateri 

kenderaan berbanding memilikinya. Tambahan, pemilik juga boleh memilih untuk membeli bateri tersebut dengan waranti selama 8 tahun. 

“Perodua eMO merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan oleh Perodua dalam pengeluaran kenderaan EV pertama, syarikat ini komited bagi memastikan bahawa harga susut nilai tidak akan berkurang secara mendadak seperti kebanyakan EV lain” katanya dalam sidang media di MAS25. 

Seorang pengunjung yang turut sama hadir memeriahkan acara, Aqlan Razman, menyatakan keterujaannya dengan Perodua eMO dan mengharapkan ia mampu bersaing dalam pasaran EV yang dibanjiri dengan kenderaan negara luar. 

Katanya lagi, dia akan mempertimbangkan Perodua eMO sebagai kenderaan EV pertama sekiranya ia mampu untuk menawarkan teknologi dan keselesaan pada harga mampu milik.

Pra-pemasangan bagi eMO dijangka bermula pada September 2025 dengan sasaran untuk membina 500 unit di kilang baharu yang terletak di Sungai Choh, Selangor.


Berita Tambahan

Oleh AINUR KHAIRUNNISA ZULKIFLI | 13 APRIL 2025

Oleh IRFAN FIRDAUS | 29 MAC 2025

Mengenai kami

Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.