FESKUD Galak Keusahawanan Dalam Kalangan Mahasiswa 

17 MEI 2025

Oleh: AIDIL YUSRIF

Penyunting: NADRAH ATHIRAH SHAMSULHAIRY

Sekitar Majlis Perasmian FESKUD. Sumber : Instagram feskudkbh_ 

BANGI, 17 MEI - Festival Keusahawanan D’Gators (FESKUD) yang pertama kali dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi (KBH), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari, pada 16 dan 17 Mei lalu. 

Festival yang bertemakan keusahawanan ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej, Prof. Madya ChM. Dr. Nur Hasyareeda Binti Hassan, dan telah berjaya menarik lebih 200 pengunjung yang terdiri daripada mahasiswa UKM dan juga orang awam. 

Menariknya, festival ini telah diketuai oleh saudari Nur Syafikah Alawiyah yang merupakan mahasiswa tahun satu. Menurut beliau, FESKUD merupakan satu platform dalam menyatukan usahawan dari pelbagai latar sama ada mahasiswa mahupun peniaga luar. 

“FESKUD merupakan salah sebuah platform yang menyatukan usahawan pelbagai latar belakang dan dirancang untuk memberikan pengalaman komprehensif kepada peserta.” katanya. 

Selain itu, terdapat pelbagai pengisian yang diselitkan di dalam festival ini dan bersesuaian dengan para pengunjung yang hadir. 

“Aktiviti sepanjang FESKUD ini juga sesuai untuk semua yang hadir seperti pameran, bengkel, ceramah motivasi, pertandingan inovasi, hiburan rumah hantu, bermacam rangkaian makanan dan banyak lagi”, jelasnya.

Tambah pelajar dari Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat itu lagi, beliau berharap dengan penganjuran FESKUD ini mampu untuk menyemai budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa disamping turut menjadi pencetus kepada minat mereka untuk menceburi bidang keusahawan pada masa akan datang. 

“Harapan saya terhadap FESKUD agar pembangunan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan pada masa akan datang.”



Berita Tambahan

Oleh YASMIN AZIZAN | 7 APRIL 2025

Oleh IRFAN FIRDAUS | 29 MAC 2025

Mengenai kami

Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.