
Pelajar UKM Bakal Membuat Lawatan Ke Kilang Yakult
16 MEI 2025
Oleh: NAILI ‘ALIAH BINTI AHMAD SABIRIN
Penyunting: HAZRIENA ADHWA BINTI HAMDAN
Kilang Yakult yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan
Bangi, 16 Mei - Seramai 44 orang pelajar daripada kursus LMCR 3422 Pengurusan Program Kerjaya sedang giat membuat persiapan bagi menyertai Lawatan Kerjaya ke Kilang Yakult Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei 2025 ini.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana kerja sebenar serta memperluas pemahaman mereka tentang komunikasi korporat dalam industri makanan dan minuman.
Menurut Ketua Pengarah Program, Serena Jegan (CITRA, 3) lawatan ini adalah salah satu inisiatif berimpak tinggi untuk mengukuhkan pembelajaran luar bilik kuliah. “Kami mahu melihat sendiri bagaimana strategi komunikasi korporat diaplikasikan secara langsung dalam operasi syarikat besar seperti Yakult. Ia bukan sahaja tentang produk tetapi bagaimana reputasi dan kepercayaan pengguna dibina,” katanya ketika ditemui pagi tadi.
Siti Norsyuhadah, Fakulti Pendidikan (FPend, 3) menyatakan bahawa persiapan rapi telah dilakukan sejak sebulan lalu. “Kami bekerjasama dengan pihak Yakult untuk memastikan semua aspek protokol dan keselamatan dipatuhi. Pelajar juga telah diberi taklimat mengenai etika lawatan industri dan sesi soal jawab yang akan diadakan,” ujarnya.
Dinna Md Zakir, Fakulti Sains Teknologi (FST, 3) berkata sambutan dalam kalangan pelajar amat menggalakkan. “Kami menerima penyertaan penuh seramai 30 orang peserta dalam masa kurang tiga hari selepas pendaftaran dibuka. Ini menunjukkan pelajar sangat teruja untuk menyertai program seperti ini yang memberikan nilai tambah dalam resume mereka,” jelasnya.
Lawatan ini bukan sekadar satu aktiviti luar, tetapi dianggap sebagai peluang penting untuk membina jaringan industri dan menimba pengalaman yang sukar diperoleh dalam suasana kuliah. Pihak penganjur berharap agar pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya sesi lawatan ini dengan sikap proaktif dan profesional.
Berita Tambahan
Oleh SYAKIRAH FAUZI | 8 APRIL 2025
Oleh LUQMAN HAKIM ZULKIFLI | 19 APRIL 2025
Mengenai kami
Nadi Bangi adalah portal akhbar makmal Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan tidak mewakili UKM. Ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi suara warga kampus, Nadi Bangi menyajikan laporan berita, rencana khas, serta pandangan kritis berkenaan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.